Ulama-Ulama Hadis Yang Sering Dilabel Wahabi

Assalamualaikum, saya terpanggil untuk membuat entri ini apabila saya terdengar rakan-rakan saya berbincang pada beberapa malam lepas sewaktu sedang duduk minum bersama berkenaan hal Hadis.

Sedang kami duduk minum dan bergelak tawa, seorang rakan bertanya kepada saya berkenaan sebuah hadis dan seorang ulama yang mensahihkan hadis tersebut. Ulama yang disebut oleh rakan itu ialah Sheikh Al-Albani.

Tanpa sempat saya menjawab soalan kawan yang bertanya itu, seorang kawan pula mencelah dan mendakwa bahawa Al-Albani merupakan seorang Wahabi! Saya terdiam. Kawan tersebut terus menyambung dengan berkata beberapa nama ulama lagi yang didakwanya Wahabi, antaranya,Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim al-Jawziyyah, az-Zahabi, al-Wasiti dan beberapa orang lagi. Saya hanya mampu mendengar dengan penuh rasa terkejut dan tidak percaya.

Berbeza pendapat itu satu hal, namun untuk mendakwa bahawa ulama-ulama besar seperti,adalah wahabi adalah satu perkara yang tidak dapat saya bayangkan. Daripada hari itu, saya mula mengenali beberapa orang rakan saya yang saya kenal pasti merupakan Melayu yang tidak boleh dibawa berbincang berkenaan hal bidaah dan talfik. kerana mereka belum mencapai tahap mentaliti yang matang untuk berbincang tentang perakara-perkara yang sedemikian.

Saya juga dapat kenal pasti hasil daripada perbincangan pada malam itu, beberapa nama ulama besar yang sering dikait dan dilabel Wahabi oleh golongan-golongan Melayu Jumud ini.

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Wassalam

Comments

Popular Posts