Amalan-Amalan Daripada Hadis Daif Yang Diguna Pakai Oleh Masyarakat Melayu

Entri kali ini merupakan bersumberkan daripada buku daripada yang saya kupas dalam entri sebelum ini.

 Di Malaysia,sedar atau tidak masyarakat kita banyak mengamalkan amalan-amalan yang bersumberkan daripada hadis-hadis daif, palsu dan tidak berautoriti dan sering dinisbahkan kepada Rasulullah SAW, walaupun pada hakikatnya, menipu dengan menggunakna Nabi Muhammad merupakan suatu dosa yang mana hukumannya ada neraka.

Di sini, saya akan cuba berkongsi sedikit antara amalan-amalan dan kisah-kisah daripada hadis yang tidak berautoriti yang terkenal dan berleluasa dalam masyarakat di Malaysia. Perlu diambil perhatian bahawa buku yang saya jadikan rujukan ialah buku dalam gambar di atas, sekiranya pembaca ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan rujukan.

1. Membaca doa bagi setiap anggota bahagian wuduk
2. Membaca doa selepas solat berjemaah sambil mengangkat tangan dan diaminkan oleh makmum
3. Membaca selawat sebelum memulakan solat terawih seperti yang dilakukan oleh masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia.
4. Tahlil
5. Kisah nabi nampak orang tua, dan malaikat mengatakan bahawa orang tua itu adalah bumi.
6. Bercumbuan pasangan suami isteri membatalkan puasa
7. Kisah Nabi Idris dan Iblis
8. Kisah Bahtera Nabi Nuh tawaf mengelilingi Kaabah
9. Ilmu adalah akal ibadah
10. Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China

Saya akan mengemaskini senarai-senarai hadis-hadis daif dan palsu serta amalan-amalan yang bersumber daripada itu yang terkenal dalam masyarakat Melayu, mengikut kesenangan waktu saya.

Comments

Popular Posts