Kepentingan Hadis Nabi Muhammad SAW

Hadis merupakan rujukan kedua umat Islam selepas Al-Quran. Hadis merupakan kata-kata, tingkah laku, perbuatan dan perintah suruhan Nabi Muhammad SAW.

Pada asalnya, hadis-hadis nabi tidak ditulis, kerana ianya dihafal dan diturunkan melalui lisan, seperti mana Al-Quran pada mulanya. namun setelah 100 tahun selepas nabi wafat, ramai sahabat dan tabiin mula meninggal dunia, muncul ulama seperti Imam Malik, dan timbul kesedaran untuk membukukan hadis-hadis nabi, supaya ianya tidak hilang dan, supaya untuk mengelak umat islam untuk mengamalkan hadis-hadis palsu yang mula mncul pada zaman kemudian.

Antara ulama-ulama yang mula membukukan hadis adalah, Imam Malik, Imam Hanbali, Imam Bukhari, Imam Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Imam Tirmizi dan Imam an-Nasaie.
 Kutub As-Sittah merupakan kitabkitab rujukan utama dalam bidang hadis buat umat Islam.

 Sahih Bukhari merupakan kitab rujukan utama yang mana hadis-hadis sahih semuanya dihimpunkan.
 Sahih Muslim merupakan kitab rujukan yang sama tarafnya dengan sahih Bukhari kerana dalamnya adalah daripada hadis-hadis yang Sahih.
 Imam Ahmad Bin Hanbal, pengasas mazhab Hambali juga turut menghimpun hadis-hadis dalam kitabnya yang diberi nama, Musnad Imam Ahmad.

Comments

Popular Posts