Sheikh Al-Albani, Ulama Hadis Kontemporari Yang Berkontroversi


Sheikh Al-Albani, merupakan seorang ulama hadis kontemporari. Beliau lahir pada tahun 1914 dan meninggal dunia pada tahun 1999. Pekerjaan beliau pada asalnya merupakan seorang tukang jam, ayah beliau merupakan daripada mazhab Hanafi.

Beliau terpanggil untuk menceburi bidang hadis ini diusia muda apabila beliau mula melanggan sebuah majalah, dan di dalam majalah itu akan ada sebuah hadis. Disebabkan beliau membesar dalam keadaan yang kesusahan, beliau akan sering menulis setiap hadis yang beliau dapat daripada majalah langganan beliau itu.

Akhirnya apabila beliau meningkat dewasa, beliau mula menuntut ilmu di Syria. Beliau sering melazimi Dar-ul- Maktabah, membaca kitab-kitab hadis. Beliau mula mengajar di Syria secara kecil-kecilan, namun lambat laun kehebatan ilmu beliau semakin tersebar. Hal ini membuatkan pihak berkuasa Syria pada ketika itu berasa bimbang kerana beberapa kali beliau pernah tidak sependapat dengan polisi kerajaan. Beliau pernah dipenjarakan oleh kerajaan Syria.

Akhirnya pada tahun 60-an, beliau dijemput ke Madinah untuk menjadi seorang tenaga pengajar. Namun itu juga tidak bertahan lama  kerana pandangan dan pendapat beliau yang sering bercanggah dengan golongan wahabi yang kuat di Saudi Arabia pada ketika itu.

Al-Albani terkenal kerana beberapa karya beliau antaranya,
Kitab Targhib wa Tarhib

Al-Albani terkenal dengan kerja, mentashih dan mentadifkan hadis-hadis daripada Kutub As-Sittah, dan karya-karya beliau dipuji kerana mudah untuk di-acces dan mudah dirujuk oleh sesiapa sahaja termasuk orang awam dan pelajar. 

Kerja-kerja beliau sangat tersusun dan mudah untuk dibaca, hal ini membuatkan ramai orang mengambil hadis daripada beliau untuk dijadikan rujukan dalam tesis. 

Namun begitu, pandangan-pandangan Al-Albani juga sering menimbulkan kontroversi antaranya ialah, beliau berkata haram untuk wanita memakai emas yang bergelung dan mihrab di dalam masjid adalah satu bidaah. Hal ini sering dijadikan asbab untuk para pembenci beliau untuk melabelkan dia sebagai Wahabi walaupun hal ini tidak benar, kerana beliau bukan seorang wahabi dan pendapat dan pandangan beliau juga sering bercanggah dengan golongan wahabi.

Walaubagaimanapun,sumbangan Sheikh Al-Albani terhadap bidang hadis merupakan sangat besar, beliau merupakan seorang ahlul hadits, dan hal ini diiktiraf oleh ramai orang.Walaupun beliau sering mengeluarkan pandangan yang berkontroversi, namun beliau juga seorang manusia yang tidak lari daripada melakukan kekhilafan. Namun begitu sumbangannya terhadap umat Islam tetap ada. Semoga Allah merahmati beliau.

Comments

Popular Posts