Minat Riding Motor
Sewaktu zaman tingkatan 5 dan tingkatan 6, saya mula berkenalan dengan kawan-kawan yang terlibat dengan dunia permotoran. Saya tahu tentang tanggapan masyarakat terhadap mat rempit dan mereka-mereka yang bermain motor. Walaupun saya seorang pelajar yang bolehlah dikatakan cemerlang dan merupakan budak yang dari kelas hadapan, saya bergaul dengan budak-budak dari kelas belakang. Dari situlah saya mula berjinak-jinak dalam dunia permotoran.
Melangkah ke alam tingkatan 6, minat saya terhadap dunia permotoran semakin menebal, saya mula mengikuti aktiviti-aktiviti persatuan motor (group motor). Aktiviti yang sering saya ikuti dan jarang terlepas adalah "Ride"
Ride yang selalu saya ikut adalah kebiasaannya, ke Labuan, Kundasang -Ranau, Kudat dan Lawas.
Ride ke Kundasang-Ranau
Ride ke Kundasang-Ranau
Ride ke Labuan, sedang menanti feri.
Walaupun sepanjang saya mengikuti "budak-budak motor", saya tidak pernah lagi diajak untuk minum arak dan melakukan benda-benda yang tidak senonoh, walaupun saya pernah lihat mereka melakukan perkara-perkara tersebut. Mungkin kerana kebanyakan kawan-kawan saya itu tahu bahawa saya bukan cenderung ke arah itu, dan saya juga tidak pernah membincang perkara tersebut.
Namun setelah saya memasuki alam Universiti, aktiviti permotoran saya mula berhenti kerana tidak mempunyai motor di Semenanjung. Tapi saya tetap meyimpan harapan untuk mencari sebuah motor untuk menjelajah negeri-negeri di Semenanjung, kerana saya tahu di Semenanjung Group motor lebih banyak dan lebih aktif berbanding di Borneo.
Harapan saya untuk masa hadapan ialah, untuk mempunyai sebuah motor berkuasa tinggi yang boleh saya guna untuk mengikut Ride dan Konvoi ke tempat-tempat yang lebih jauh bersama rakan-rakan di masa akan datang, Insyallah.
Comments
Post a Comment