Kupasan Buku Hadis

Assalamualaikum, dalam entri kali ini, saya ingin mengupas tentang dua buah buku hadis yang saya beli pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada awal tahun 2019 yang lalu.


Kedua-dua buku hadis ini adalah karya, Faisal Ahmad Shah, seorang pensyarah kanan Islamic Studies di Universiti Malaya (UM). 

Buku ini sangat bermanfaat dan mudah difahami. Dalam buku pertama, Hadis Daif dan Palsu Serta Realiti Pemakaiannya di Malaysia, pengarang membincangkan secara ringkas tentang defini serta senarai-senarai istilah hadis-hadis daif dan palsu. Kemudian pengarang mula membincangkan tentang cara-cara penyebaran hadis-hadis daif dan palsu yang berlegar dalam masyarakat di Nusantara, bagaiman penyebaran tersebut berlaku, melalui medium-medium apa hadis-hadis ini sering disebarkan dan yang paling menarik sekali, pengarang turut menyenaraikan ratusan hadis dan amalan-amalan yang bersumberkan hadis daif dan palsu yang tidak berautoriti yang sering berleluasa di Malaysia.

Kedua, Buku Kaedah Tepat Memahami Hadis. Di dalam buku ini, pengarang membincangkan secara terperinci tentang cara-cara, metodologi yang berkesan untuk seseorang menilai sesebuah hadis tanpa menolak secara mentah. Buku ini memberikan petunjuk tentang cara yang sebenar sebagai mana untuk menilai sebuah matan dan sanad hadis menggunakan kaedah yang tepat. 

Saya pernah menggunakan buku-buku ini dalam suatu  pembentangan subjek Pengucapan Awam di Universiti sewaktu semester kedua. Saya memilih tajuk dalam buku yang pertama, dan pembentangan saya itu berjaya menarik minat pensyarah saya.

Saya amat menggalakkan buku-buku ini kepada rakan-rakan saya dan kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang hadis, sebagai sebuah buku permulaan.

Comments

Popular Posts