Jalan-Jalan di Melaka

Pada cuti pertengahan semester pertama yang lepas, saya telah membuat keputusan untuk pergi ke Melaka. Hal ini disebabkan inilah kali pertama saya meluangkan masa yang sangat lama di Semenanjung, sebelum ini hanya bercuti bersama keluarga, paling lama pun seminggu di Kuala Lumpur.

Jadi pada kesempatan kali ini, saya memutuskan untuk pergi ke bandar bersejarah Melaka. Saya membeli tiket secara online, untuk ke Melaka dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Melaka Sentral yang berharga RM 11 ringgit dan mengambil masa dalam sejam lebih.

Saya mengambil keputusan untuk pergi pada hari ahad dan bergerak pada waktu pagi dan balik sebelum malam, saya memilih untuk tidak bermalam walaupun beberapa orang rakan mencadangkan sedemikian.

Ini merupakan gambar saya sewaktu saya singgah ke sebuah kedai antik di Jonker Walk.

Bergambar dengan arca askar Portugis di Stadthuys


Bergambar dengan arca askar Belanda di Stadthuys


Koleksi paip tembakau penjajah kolonial Belanda

Saya menghabiskan satu hari berjalan-jalan di sepanjang kota Melaka. Antara tempat-tempat yang telah saya lawati ialah,
1. Christ Church
2. Stadthuys
3. Istana Kota Melaka
4. St Paul's Church
5. A Famosa 
6. Jonker Street 
7. Maritime Museum 

Ada satu tempat yang ingin saya lawat tapi tidak dapat kerana bangunan tersebut sedang mengalami kerja-kerja baik pulih, iaitu, Church of St Francis Xavier.

Sekembali sahaja saya ke kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia (UPM), saya terus berasa pening dan sakit kepala, Melaka pada hari tersebut sangat panas, dan saya telah meluangkan masa dengan berjalan kaki sepanjang masa tersebut. Saya demam selama empat hari setelah balik dari Melaka. HAHAHAHAHA

Pada semester yang akan datang saya bercadang untuk pergi ke Pulau Pinang pula.

Comments

Popular Posts