Ibnu Taimiyyah, Ulama Yang Terpinggir
Apabila kita menyebut nama ibnu Taimiyyah, beliau sering dikaitkan dengan Wahabi. Hal ini jauh sekali daripada kebenaran kerana Ibnu Taimiyyah lahir pada tahun 1263 masihi dan meninggal dunia pada tahun 1328 masihi.
Ibnu Taimiyyah terkenal dengan pandangan-pandangan beliau yang keras dan kritikal. Beliau mempunyai banyak musuh, antaranya ialah golongan syiah serta khawarij, golongan yang mendakwa bahawa Al-Quran itu adalah makhluk dan golongan anti hadis.
Beliau sering menghentam golongan-golongan ini sepanjang hayat beliau, sama ada melalui ceramah-ceramah ataupun melalui karya-karyanya. Disebabkan banyaknya musuh beliau ini, beliau banyak menghabiskan sisa hayat beliau dalam penjara kerana pemerintah di tempat beliau merupakan pengikut mazhab muktazilah, dan golongan ini juga sering dihentam oleh Ibnu Taimiyyah.
Sepanjang hayat beliau juga, beliau pernah ikut berperang menentang golongan Tatar yang menyerang bandar Baghdad dan beliau pernah menjadi wakil daripada orang Baghdad untuk berbincang bersama penakhluk Tatar untuk menghentikan serangan. Beliau pernah mengeluarkan fatwa menentang golongan Tatar.
Namun pada hari ini, ramai yang tidak mengenali nama beliau, kalau ada pun, nama beliau sering dikaitkan dengan golongan wahabi, walaupun pada hakikatnya, golongan wahabi yang banyak mengambil idea-idea beliau dan menjadikannya lebih ekstrem.

Comments
Post a Comment