Minat Saya Terhadap Bidang Astronomi


Minat saya terhadap bidang astronomi bermula sewaktu saya berumur 12 tahun. Saya mula terbaca suatu buku genre kanak-kanak berkenaan tokoh-tokoh ilmuwan islam pada zaman bani Umaiyah dan bani Abbassiah dan terjumpa satu nama ilmuwan islam yang terkemuka dalam bidang astronomi iaitu Ibnu Yunus. Beliau merupakan seorang tokoh ilmuwan astronomi islam  yang sangat terkenal pada abad ke-10 masihi. Ibnu Yunus merupakan seorang ilmuwan yang mahir dalam bidang matematik dan astronomi.

Sewaktu zaman kanak-kanak, saya sering melihat ke langit pada waktu malam dan berasa kagum dengan bintang-bintang yang menerangi malam. Setelah membaca buku berkenaan Ibnu Yunus itu, saya mula bercita-cita untuk memiliki sebuah teleskop berkuasa tinggi. Saya juga mula menanam hasrat di hati untuk menjadi seorang ahli astronomi/ahli falak.

Hasrat saya sewaktu zaman kanak-kanak dahulu mula menjadi kenyataan apabila saya mendapat sebuah teleskop berkuasa sederhana sewaktu saya berumur 14 tahun. Teleskop itu saya sering guna untuk melihat langit dan bulan diwaktu malam.

Harapan saya di masa hadapan ialah untuk mempunyai duit yang mencukupi untuk membina balai cerap dan mempunyai teleskop berkuasa tinggi saya sendiri dan secara tidak langsung dapat  mencontohi seperti Ibnu Yunus pada zaman kegemilangan ilmuwan Islam dahulu.

Comments

Popular Posts