Seni Memujuk dan Memanipulasi
Seni memujuk dan memanipulasi melalui ayat merupakan suatu seni penghujahan yang telah lama dibangunkan bermula dari zaman Yunani purba. Di sini saya ingin kongsikan mengenai minat saya terhadap salah satu cabang ilmu bahasa yang telah lama ingin saya kuasai serta ulasan terhadap dua buah buku yang sangat terkenal di dunia Barat yang membincangkan hal ini.
Minat saya terhadap bidang bahasa ini bermula apabila saya melihat sebuah rancangan TV Barat yang memaparkan aksi perdebatan dan penghujahan di antara dua watak. Bermula daripada saat itu saya mula tertarik dengan ilmu serta seni yang disebut sebagai "oratory skill".
Dua buah buku yang menjadi rujukan awal saya iaitu, The Arts of Rhetoric oleh Aristotle dan The Prince oleh Machiavelli. Perlu diambil kira bahawa, kedua-dua buku yang saya miliki ini merupakan dalam penulisan bahasa Inggeris. Saya akan bermula dengan memberi ulasan terhadap karya Aristotle, The Arts of Rhetoric:
Buku ini membincangkan tentang cara-cara pemujukan yang berkesan melalui penggunaan gaya bahasa dan interaksi antara pendengar yang sering melibatkan soalan-soalan retorikal, yang menggalakkan para pendengar untuk berfikir dan secara tidak langsung menyokong ke arah pandangan si penghujah.
Buku ini sering dijadikan panduan oleh falsafah dunia Barat dalam mempelajari tentang cara untuk menambah pengaruh dalam sebuah majlis yang memerlukan pemujukan kata-kata seperti dalam parlimen dan mahkamah. Buku ini telah ditulis lebih daripada 2300 tahun yang lalu, namun ianya kekal relevan sehingga ke hari ini.
Seterusnya, buku yang sangat terkenal ini dikarang oleh Niccolo Machiavelli, seorang ahli negarawan Itali pada kurun ke-14. Buku ini lebih tertumpu kepada cara penguasaan politik yang gelap dan kejam yang sering melibatkan tipu daya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa seni penghujahan yang sangat berguna dan sering diguna pakai oleh ramai penghujah untuk memanipulasi dan memenangi orang di sekeliling. Walaupun sering diserang dengan kecaman bahawa buku ini menggalakkan penipuan, namun tidak dinafikan bahawa cara dan hasil daripada buku ini terbukti berkesan.
Terdapat banyak lagi buku-buku daripada tokoh-tokoh sejarah yang membincangkan tentang "oratory skill" namun cukuplah sekiranya saya berkongsi tentang kedua buku ini sahaja. Saya juga berharap untuk dapat memahiri kemahiran berpidato ataupun "oratory skill" ini dalam masa yang terdekat.
Comments
Post a Comment