Buku-Buku Berkaitan Astronomi
Pada entri yang lepas saya telah berkongsi berkenaan bagaimana saya mula meminati bidang astronomi pada mulanya. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan buku-buku astronomi yang telah saya perolehi dan gunakan sebagai panduan buat saya mencerap bulan dan bintang di langit malam.
Buku pertama ini merupakan sebuah buku karya Storm Dunlop, seorang ahli astronomi barat yang terkenal. Buku ini menceritakan secara holistik mengenai astronomi, alat-alat yang sesuai digunakan serta dilengkapi dengan peta-petang bintang dan gambar-gambar panet, bintang, galaksi yang berkualiti tinggi.
Buku kedua ini merupakan buku astronomi yang lebih ringkas dan padat, namun turut mempunyai isi yang banyak. Buku ini menceritakan tentang sejarah ringkas asal-usul astronomi, tokoh-tokoh barat yang mula-mula membuat mempelopori bidang ini sehinggakan perkembangan dalam bidang astronomi hingga zaman sekarang. Selain itu, buku ini juga mempunyai carta-carta dan peta-peta bintang dan galaksi.
Buku yang ketiga ini merupakan sebuah buku yang lebih terperinci dan tertumpu kepada bintang-bintang dan buruj (constellation). Buku ini sangat berguna bagi saya kerana ia mempunyai peta-peta serta carta-carta yang lengkap dan gambar-gambar berkualiti tinggi daripada pengarang untuk dijadikan rujukan buat pembaca dan amateur astronomer.
Manakala buku keempat ini pula merupakan sebuah buku yang lebih kurang sama dengan buku yang sebelum ini, namun lebih tertumpu kepada cara-cara untuk melakukan cerapan langit diwaktu malam di kawasan bandar. Hal ini kerana melakukan cerapan di kawasan bandar adalah sangat berbeza jika dibandingkan di kawasan pedalaman, kerana pencemaran cahaya yang lebih tertumpu di kawasan bandar. Hal ini membuatkan buku ini sangat berharga untuk para pengkaji langit amatur di banda-bandar. Saya sering menggunakan buku ini kerana saya tinggal di pinggir bandar dan pencemaran cahaya mula menjadi semakin menjadi-jadi.
Buku yang terakhir ini adalah buku astronomi yang lebih tertumpu kepada cerapan terhadap bulan. Buku ini lengkap dengan gambar-gambar bulan daripada pelbagai sudut dan lengkap dengan senarai nama-nama kawah (crater) yang terdapat di bulan. Buku ini sangat menarik dan saya sangat galakkan buat para ahli astronomi amatur yang baru ingin berjinak-jinak dengan cerapan bulan. Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai rujukan.
Secara keseluruhannya, terdapat banyak lagi pilihan buku-buku astronomi di luar sana, namun, buku-buku ini saya dapati lebih mudah untuk saya fahami dan tidak pernah mengecewakan saya sepanjang saya menggunakannya.

Comments
Post a Comment