Ambuyat, Makanan Tradisional Borneo

 Ambuyat merupakan makanan tradisional masyarakat Brunei, Bajau dan beberapa lagi bangsa yang mendiami pulau Borneo. Ambuyat diperbuat daripada Sagu. Air panas akan dicampur dengan sagu dan dikacau secara tetap. Ambuyat sering dimakan pada waktu zaman kolonial, kerana ianya mudah didapati dan mudah untuk dibuat. Hal ini diteruskan sehingga ke hari ini, walaupun hanya kadang-kadang dilakukan di kawasan bandar, namun lebih kuat di kawasan perkampungan.

 Ambuat sering dimakan bersama isi ikan yang dimasak dengan kunyit. Ambuyat tersebut akan dimakanan menggunakan lidi, kemudia dililit dan dicecah dengan kuah ikan yang telah dimasak tadi. Sayuran-sayuran juga kebiasaannya akan turut menuruti dalam hidangan ini.

Keeksotikan ambuyat ini yang hanya terdapat di pulau Borneo sering menjadikan hidangan ini disebut-sebut oleh orang luar, terutama orang dari dari Semenanjung. Sewaktu di Universiti saya sering ditanya berkenaan makanan-makanan eksotik yang pelik dan jarang didengar seperti ulat Butod, Hinava dan Ambuyat ini oleh rakan-rakan semenanjung.

Saya amat menggalakkan kawan-kawan dari semenanjung untuk mencuba makanan-makanan masyarakat Borneo, yang walaupun kelihatan pelik, namun rasanya tidaklah terlalu teruk. Seperti mana yang pernah disebut oleh Andrew Zimmern dalam rancangan Bizarre Food,  "if it looks good, eat it!".

Comments

Popular Posts